Monday, August 9, 2010

pendidikan 2

Persetujuan kepimpinan parti Perikatan terhadap Penyata Razak 1956 dan rahman Talib 1960 melalui proses musyawarah telah secara langsung mengiktiraf penggunaan bahasa Melayu sebagai alat untuk penyatuan tanpa menjejaskan bahasa etnik-etnik lain . Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga mempunyai motif ekonomi yang tersirat . perkara ini tercacat dalam Laporan Jawatankuasa Barnes tahun 1951 , antara lain menegaskan untuk menggalakkan dan membolehkan etnik Melayu mendapat kedudukan dalam jabatan-jabatan tertentu . Manifestasi motif ekonomi dalam sistem pendidikan ini bersandarkan kepada kedudukan etnik Melayu yang jauh ketinggalan berbanding dengan etnik bukan Melayu . Kebimbangan etnik Melayu semakin meningkat dengan statistik kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi . Sebagai contoh , 70 peratus daripada jumlah pelajar di Universiti Malaya pada tahun 1966-1967 terdiri daripada pelajar bukan Melayu . Manakala taburan bukan Melayu di Fakulti kejuruteraan ialah 98 peratus , sains 93 peratus dan perubatan 84 peratus . Di Universiti Teknologi Malaysia ( dulunya Kolej Tenik ) KUala Lumpur , 90 peratus pelajar ialah bukan Melayu .
Oleh itu , selepas , tradegi 13 Mei 1969 , parti UMNO yang menerajui Parti Perikatan telah menegaskan bahawa pendidikan perlu diseimbangakan bagi memperkasakan orang Melayu . Secara beransur-ansur , mulai julai 1969 , kerajaan telah melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sejolah bantuan kerajaan . Sebagai tindakan pengukuhan , kerajaan telah merumuskan dasar kuota dan biasiswa bagi kemasukan ke unicersiti . Kerajaan juga telah mengambil langkah memperbanyak penubuhan insitusi pengajian tinggi ini , kemasukan pelajar Melayu ke universiti telah meningkat daripada 20 peratus pada tahun 1960-1964 menjadi 65 peratus pada tahun 1975 ( Milne dan Mauzy , 1986 )

Pada masa yang sama , golongan bukan Bumiputera ( kususnya masyarakat Cina merasakan satu keperluan untuk melindungi warisan nenek moyang dengan menggunakan wadah pendidikan .. Oleh yang demikian , masyarakat Cina masih mempertahan sekolah jenis kebangsaan Cina adalah selaras dengan apa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia . Hal ini penting untuk memastikan perpaduan negara dan pembinaan bangsa Malaysia dapat dicapai .

Sunday, August 8, 2010

Pendidikan

Sehingga Penyata Razak 1956 , tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah melayu . Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlainan , iaitu aliran english ,melayu , cina and india . Setiap Kumpulan etnik mempunyai adunan dan acuan pendidikan yang berbeza . Semasa zaman penjajahan , sistem pendidikan di persekutuan Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat . Pertama , pendidikan British rendah dan menengah yang dihadiri oleh anak-anak kalangan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India . Kedua , sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British dengan matlamat untuk menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada ibu bapa mereka . Pihak British juga membenarkan kewujudan sejolah agama dan mengaji Quran . Pada peringkat ini tiada sejolah menengah Melayu . Ketiga , sekolah vernakular Cina dan India . Sekolah Cina dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri ( milne dan Mauzy 1986 ).Selain Perbezaan dalam aliran pendidikan , kerencaman sistem pendidikan juga dapat dilihat daripada sudut kurikulum , sukatan mata pelajaran serta orientasi matlamatnya . Bagi aliran pendidikan Cina and India , kurikulum ,sukatan mata pelajaran dan orientasinya berkiblatkan negara asal mereka

Walau Bagaimanapun , sistem Pendidikan negara era pascamerdeka telah berubah kepada satu corak baharu yang berorientasikan unsur-unsur tempatan . Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum , sukatan mata pelajaran dan orientasi . Pendidikan kebangsaan penting sebagai satu wadah bagi menyatukan kepelbagaian budaya , nilai dan norma masyarakat ke dalam satu acuan demi mencapai matlamat membentuk identiti kebangsaan Malaysia . Usaha ke arah ini sebenarnya telah dilakukan semenjak sebelum merdeka lagi khususnya melaui dua laporan iaitu Penyata Razak tahun 1956 dan Penyata Rahman Talib tahun 1960 . matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua penyata tersebut ialah untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu ( Wan Hashim , 1983 )

Lebih jauh daripada itu , dalam peruntukan Perlembagaan persekutuan bagi kemerdekaan pada tahun 1957 , bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangasaan dengan bahasa inggeris masih lagi digunakan sebagai bahasa rasmi . Walau bagaimanapun , pucuk pimpimnan parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 atas prinsip:

  1. Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan .
  2. Oleh sebab bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan , make di sekolah-sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu Sebagai salah satu daripada mata pelajaran
  3. Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah , geografi dan buku-buku teks yang lain mestilah berteraskan Malaysia ; dan
  4. Bukan lagi berteraskan negara China dan India ( John Lowe , 1960 )

Perlembagaan

Sebagaimana telah disebutkan di atas terdapat persekutuan berlapis , iaitu Persekutuan Tanah Melayu dan persekutuan Malaysia . Walau bagaimanapun , Perlembangaan Persekutuan Malaysia ialah penerusan daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu walaupun terdapat beberapa penambahan dan pengubahansuaian . Perlembagaan Persekutuan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber kepada segala perundangan lain yang wujud di negara kita.

Perlembagaan merupakan panduan asas kepada pelaksanaan sistem politik di negara kita. Perlembagaan tokoh Melayu merupakan panduan asas yang berlandaskan suatu kontrak sosial yang persetujuan antara kaum di negara ini . Dari segi sejarah , terdapat dua peringkat kontrak sosial di Alam Melayu . Pertama , berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja . Janji taat setia dan saling menghormati ini diistilahkan sebagai waad . Perkara ini berlaku antara pemerintah Demang lebar Daun mewakili rakyat dan Dang Sapurba mewakili raja atau pemerintah . Oleh itu , kita boleh memahami dengan mudah mengapa Orang Melayu sangat setia kepada pemerintah mereka daripada kalangan sultan ataupun raja .

Kontrak sosial kedua berlaku dalam konteks masyarakat pluralistik hasil daripada syarat yang dikenalkan oleh British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu . Antara perkara penting yang sering dikaitakan dengan kontrak sosial ini ialah soal kerakyatan . Orang Melayu bersetuju Menerima Kehadiran Orang Bukan Melayu dengan persetujuan memberikan taraf kerakyatan sebagai satu hak istimewa kepada orang bukan Melayu .Pada masa yang sama , orang bukan melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu . Setiap Kumpulan etnik mestilah mempunyai wakil mereka dalam bentuk parti politik dan kesemua mereka mestilah mencapai persetujuan untuk hidup bersama-sama secara aman dan damai dalam negara Malaysia . Sehubungan dengan ini , Pada tahun 1949 telah terbentuk apa dinamakan sebagai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( communities Liason Commitee -CLC) . CLC tersebut merupakan usaha bersama antara Tan Cheng Lock dan Data ONN bin Jaafar , dengan sokongan pemerintah kolonial , sebagai tanda awal ke arah menyelesaikan isu-isu antara etnik di Tanah Mealyu . Oleh itu , persetujuan ini kemudiannya menjadi acuan atau model kepada penggabungan parti politik antara kaum seterusnya sama ada mewakili pemertintah mahupun pembangkang . Jadi , secara alamiahnya kelangsungan parti politik di Malaysia ilah parti-parti politik tidak mampu hidup secara individu.

masyarakat pluralistik selepas merdeka

Dalamt tempoh 1957-1959 , politik Malaysia telah melalui perjalanan berliku-liku . Terdapat beberapa pergolakan dalaman anggota parti Perikatan . MCa menghadapi kemelut kepimpinan apabila terdapat golongan yang tidak puas hati terhadap kepimpinan Tan Cheng Lock sehingga akhirnya memaksa beliau digantikan oleh DR. Lim Chong Eu . Dr. Lim memberikan tekanan kepada parti Perikatan untuk memberi kerusi yang lebih kepada MCA dalam pilihan raya umum 1959 . Krisis MCA yang berterusan membawa kepada perpecahan dalaman dan akhirnya Dr. Lim Chong Eu meletak jawatan . Parti MIC juga tidak terlepas daripada menghadapi kemelut dalaman apabila terdapat segelintir pihak yang menunjukkan sikap tidak puas hati terhadap Parti Perikatan . Namum demikian , melalui proses perundingan dalam kalangan pemimpin parti yang terlibat , segala kemelut dapat diatasi dengan cara yang baik

Selepas era 1960-an , politik Malaysia terus berkembang secara dinamik . kerjasama parti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang denagan peningkatan keahliannya . Hal ini terbukti melalui penubuhan Barisan Nasional pada tahun 1974 . Rekod Barisan Nasional yang terus kekal memerintah sehingga kini sebahagiannya adalah kerana wujudnya kerjasama antara parti komponennya . Sehingga kini , segala usaha membina ikatan kerjasama dan merancang serta melaksana program pembangunan negara secara berterusan telah berjaya mendapat sokongan rakyat setiap kali pilihan raya umum diadakan.

Dasar-dasar kerajaan dalam emnguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perhubungan etnik melalui formula tolak ansur telah berjaya mengekang pihak tertentu seperti parti pembangkang yang cuba memecahbelahkannya . Justeru , strucktur hubungan etnik di Malaysia kini dipengaruhi oleh kumpulan etnik yang memiliki batas etnik yang nipis . Bentuk perhubungan mereka berasaskan perkiraan bukan etnik . Secara rasional , hubungan mereka lebih bersifat utilitarian dan mengikat mereka dalam jaringan silang budaya dan merentas etnik masing-masing . (Mansor Mohb Noor ) 2005.