- Nilai ekstrinsik juga dikenali sebagai nilai instruycmental yang merujuk kepada nilai yang diterima atau sebaliknya , sebagai instrumen untuk mencapai sesuatu objektif .
2. Nilai Intrinsik
Nilai intrinsik merupakan nilai yang diterima atau sebaliknya hanya kerana nilai tersebut adalah baik atau tidak baik . Kesan tidak dipentingkan dalam nilai ini . Nilai intrinsik ini tidak bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat .
3. Nilai Subjektif
Nilai subjektif pula merujuk kepada nilai yang diterima atau sebaliknya bergantung kepada pendapat atau pandangan seseorang atau sesuatu pihak .
Contoh : Terdapat pihak yang bersetuju bahawa budaya merotan harus diamalakan di sekolah untuk menjaga disiplin pelajar manakala terdapat golongan lain yang menolak pandangan tersebut kerana mereka berpendapat bahawa merotan bukan cara yang berkesan untuk mengatasi masalah disiplin pelajar .
4. Nilai Objektif
Nilai objektif merujuk kepada nilai yang diterima atau sebaliknya tanpa bergantung kepada pendapat atau pandangan seseorang .
Contoh : Pembunuhan adalah perbuatan yang kejam .
5. Nilai Relatif
Nilai relatif merujuk kepada nilai yang diterima atau sebaliknya berdasarkan peraturan dalam sesebuah masyarakat . Nilai ini adalah tidak tetap dan boleh berubah-ubah serta berbeza-beza mengikut budaya , pantang-larang dan undang-undang serta masyarakat .
Contoh : Di Belanda , eutanasia dibenarkan dan adalah sah di sisi undang-undang tetapi di Malaysia , eutanasia dilarang dan tidak sah di sisi undang-undang .
6. Nilai Mutlak
Nilai ini kekal sepanjang masa , tidak berubah dan tidak terikat kepada kebiasaan sesebuah masyarakat semata-mata . Nilai mutlak ini diterima sebagai baik atau buruk oleh kebanyakan masyarakat dunia .
Contoh : Menghormati ibu bapa merupakan nilai mutlak yang diterima oleh semua masyarakat .
No comments:
Post a Comment