Wednesday, May 9, 2012

Pengertian moral and etika

  1. Apabila kita membincangkan pengertian istilah moral , etika dan nilai , tiada satu definisi universal yang diterima oleh semua pihak . Terdapat banyak pengertian yang berbeza tentang moral , etika dan nilai mengikut sarjana yang berbeza .
  2. Mengikut J.P . Thiroux ( 2001) , perkataan ethics ( etika ) berasal daripada perkataan Yunani ethos yang bermaksud kualiti akhlak yang membentuk seseorang ( character) . Morality berasal daripada perkataan Latin moralis yang bermaksud adat aatau kelakuan yang diterima umum ( custom or manner ) .
  3. Abdul Rahman (1999) menerangkan bahawa etika berasal daripada perkataan Yunani , iaitu ethos yang bermaksud hukum , adat resam , kebiasaan dan budi pekerti . Istilah mores merupakan kata dasar bagi " moral " yang ditakrifkan sebagai kesusilaan , adab , sopan santun , tradisi yang menentukan piawai atau norma sesuatu kelompok .
  4. Secara umumnya konsep-konsep ini merujuk kepada tingkah laku manusia yang terdiri daripada salah . Contohnya , membunuh merupakan tingkah laku atau perbuatan ang kejam . Dengan erti kata lain , perbuatan membunuh merupakan satu tindakan yang tidak bermoral dan salah .

No comments:

Post a Comment