Friday, July 23, 2010

He Bab 3 Pluraliti dan masyarakat Pluralistik Di Malaysia

Pengenalan
Pluralisme budaya bukan fenomena baharu dalam Alam Melayu , Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam , Hinduisme,Buddhisme,Arab Islam dan Eropah ( yang diwakili oleh Portugis , Sepanyol , Belanda dan British ) dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke-5 Masihi lagi. Pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam Alam Melayu , iaitu denomena kepluralitian budaya. Justeru , bab ini akan menjelaskan hakikat sejarah tersebut yang akan dibahagikan kepada dua tahap utama , iaitu kepluralitian budaya dalam Alam Melayu dan dikikuti dengan kepelbagaian budaya di Malaysia .

Pluralisme budaya Alam Melayu
Dua konsep utama yang sering digunakan untuk menjelaskan ciri Alam Melayu ialah pluralisme dan masyarakat pluralistik (plural society ).Kedua-dua konsep ini merupakan konstruksi saintifik sosial yang terhasil daripada kajian emporikal yang dilakukan di wilayah ini . Apabila para sarjana melakukan penyelidikan dan menulis mengenai Alam Melayu sebelum kedatangan Eropah , mereka pasti mengambil kira reality kepelbagaian Alam Melayu pada waktu itu sebagai satu wilayah yang menjadi tempat pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia. Tiupan angin dan arus laut bersatu membawa manusia dari seluruh dunia yang didorong oleh serampang tiga mata utama , iaitu pengembangan agama kekayaan dan kemegahan ( Gospel , Gold and glory ). Hasilnya , di jawa terdapat seorang raja Hindu yang menggunakan nama arab dan melayani para pedagang Eropah . Di Champa , raja Melayu seta rakyat baginda yang beragama Hindu (selepas abad ke-16 terdapat dalam kalangan raja champa yang telah menganut agama Islam ) menjalankan urusan perniagaan dengan negara India , Vhina dan Kepulauan Melayu . Ertinya , rangka kerja pluralisme tidak dapat dielakkan dalam kajian mengenai jangka masa tersebut yang merangkumi kepelbagaian budaya dan tradisi berwarna-warni .

No comments:

Post a Comment