Friday, July 23, 2010

He Bab 3 Pluraliti dan masyarakat Pluralistik Di Malaysia 2

Diskusi di atas memperlihatkan ciri-ciri masyarakat Alam Melayu hidup dalam kepluralitian semula jadi yang terjadi tanpa paksaan oleh mana-mana pihak atau kuasa . Ciri kepluralitian Alam Melayu sebelum kedatangan orang Eropah yang fleksibel ini dirompak , diubah suai dan sebahagiannya terhapus dengan kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah . Mereka seterusnya memperkenalkan sistem kerajaan mereka yang menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik .

Akibat daripada terlaksanannya undang-undang kolonial dan bertapaknya masyarakat pluralistik serta kemudian diikuti dengan terbentuknya negara bangsa m rangka dan cara mengupas perkembangan baharu ini juga turut mengalami perubahan . Kini , para penganalisis semestinya mengambik kira realiti masyarakat pluralistik seta perkembangan selanjutnya yang dijana oleh kewujudan satu masyarakat pluralistik di wilayah ini . Kita mula menyempitkan fokus kupasan kita kepada hal ehwal dalam sesebuah negara , kumpulan etnik , hubungan antara negara bangsa permasalahan dalaman satu-satu negara bangsa , nasionalisme dan sebagainya . Perkembangan ini telah mewujudkan apa yang dikenali sebagai nasionalisme metodologika ( methodological nationalism ) , satu cara membina dan menggunakkan ilmu berasaskan kewlyahan sesebuah negara , Metode ini mengetepikan konsep yang menganjurjan bahwa kehidupan sosial merupakan suatu fenomena sejagat dan tanpa sempadan , maka hasilnya wujud apa yang dikenali sebagai kajian-kajian Indonesia , Filipina , Malaysia dan seterusnya .

Kerangka rujukan menjadi semakin semput dengan kewujudan Perang Diingin dan teori modenisasi , Para penganalisis membincangkan isu-isu kemiskinan dan keperluan asas di pedesaan negara tertentu , memfokuskan perhatian kepada penentangan dan peperangan , kawasan dan penduduk miskin di bandar dan pembangunan ekonomi dalam kalangan petani dan pekebun kecil . Isu-isu yang ditumpukan oleh disiplin tertentu ( seperti antropologi ) menjadi semakin sempit apabila difokuskan kepada komuniti tertentu di kawasan terpencil , peperangan khusus di kawasan pergunungan , projek pengairan yang gagal atau identiti gender etnik minoriti di bandar

No comments:

Post a Comment