Friday, July 23, 2010

He Bab 3 Pluraliti dan masyarakat Pluralistik Di Malaysia 3

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa sejumlah besar ilmu saintifik sosial mengenai Alam Melayu selepas penjajahan Eropah telah dijana , dihasil dan dikontekstualisasikan dalam rangka kerja masyarakat pluralistik kerana negara bangsa sebagai suatu kategori analitikal lebih diutamakan . Sebagai contoh , kaum Penan do Borneo Tengah ( seperti juga nenek moyang mereka ) telah berpindah-randah dengan bebasnya ke sana sini antara Indonesia dan Malaysia demi mencari rezeki untuk meneruskan hidup bersama-sama dengan kelompok suku lain dan para pedagang luar tanpa mempedulikan kewujudan sempadan politik , Namun demikian , ahli antropologi kelihatan begitu selesa dalam kepalsuan dengan kegharahan analitikal m saintifik dan akademik mereka untuk memisahkan kaum penan Indonesia dan Malausia sefangkan pada hakikatnya mereka merupakan makhluk manusia yang satu dan sama.

Sebagai guru dan penyelidik dalam bidang kemanusiaan dan sains sosial , tugas utama adalah untuk memisahkan hakikat sebenar daripada konstrksi sosial . Tugas ini bukanlah sesuatu yang mudah tetapi percubaan mesti dilakukan . Semoga dengan itu , kita berada pada kedudukan lebh baik utntuk memahami bagaimana kajian Alam Melayu sebagai satu korpus ilmu telah diguna pakai di luar dunia akademik.

Pola masyarakat pelbagai bangsa pada zzaman sebelum kedatangan orang Eropah terbentuk melalui proses semula jadi , Mereka datang berdagang secara sukarela untuk mencari kehidupan dan kekayaan , Kedatangan mereka disertai bersama oleh ahli keluarga . Jika mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Alam Melayu , mala sudah tentu keputusan itu merupakan keputusan berasaskan persetujuan sebulat suara bersama ahli keluarga masing-masing , Keputusan hidup yang terhasil daripada persetujuan tanpa paksaan menjamin ketenangan fikiran dan perasaan mereka , Hasilnya , mereka berjaya mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan , Terdapat unsur-unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik pada zaman tersebut . Mereka secara sukarela sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan . COntohnya , masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina yang telah berkahwin dengan masyarakat tempatan , Di samping itu , mereka juga mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu , Selain itu , amalan dan adat resam yang dibawa masuk oleh mereka juga diterima pakai oleh penduduk tempaan . Adat bersandng , bunga manggar dan bunga telur

No comments:

Post a Comment