Sunday, August 8, 2010

Pendidikan

Sehingga Penyata Razak 1956 , tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah melayu . Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlainan , iaitu aliran english ,melayu , cina and india . Setiap Kumpulan etnik mempunyai adunan dan acuan pendidikan yang berbeza . Semasa zaman penjajahan , sistem pendidikan di persekutuan Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga peringkat . Pertama , pendidikan British rendah dan menengah yang dihadiri oleh anak-anak kalangan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India . Kedua , sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh British dengan matlamat untuk menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada ibu bapa mereka . Pihak British juga membenarkan kewujudan sejolah agama dan mengaji Quran . Pada peringkat ini tiada sejolah menengah Melayu . Ketiga , sekolah vernakular Cina dan India . Sekolah Cina dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri ( milne dan Mauzy 1986 ).Selain Perbezaan dalam aliran pendidikan , kerencaman sistem pendidikan juga dapat dilihat daripada sudut kurikulum , sukatan mata pelajaran serta orientasi matlamatnya . Bagi aliran pendidikan Cina and India , kurikulum ,sukatan mata pelajaran dan orientasinya berkiblatkan negara asal mereka

Walau Bagaimanapun , sistem Pendidikan negara era pascamerdeka telah berubah kepada satu corak baharu yang berorientasikan unsur-unsur tempatan . Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum , sukatan mata pelajaran dan orientasi . Pendidikan kebangsaan penting sebagai satu wadah bagi menyatukan kepelbagaian budaya , nilai dan norma masyarakat ke dalam satu acuan demi mencapai matlamat membentuk identiti kebangsaan Malaysia . Usaha ke arah ini sebenarnya telah dilakukan semenjak sebelum merdeka lagi khususnya melaui dua laporan iaitu Penyata Razak tahun 1956 dan Penyata Rahman Talib tahun 1960 . matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua penyata tersebut ialah untuk menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu ( Wan Hashim , 1983 )

Lebih jauh daripada itu , dalam peruntukan Perlembagaan persekutuan bagi kemerdekaan pada tahun 1957 , bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangasaan dengan bahasa inggeris masih lagi digunakan sebagai bahasa rasmi . Walau bagaimanapun , pucuk pimpimnan parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 atas prinsip:

  1. Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing dibenarkan .
  2. Oleh sebab bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan , make di sekolah-sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu Sebagai salah satu daripada mata pelajaran
  3. Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah , geografi dan buku-buku teks yang lain mestilah berteraskan Malaysia ; dan
  4. Bukan lagi berteraskan negara China dan India ( John Lowe , 1960 )

No comments:

Post a Comment